Thursday, January 20, 2011

Anak Tumbuk Ibu???

Ini lah yang berlaku pada zaman sekarang. Manusia semakin hilang pertimbangan. Inilah yang terjadi apabila dunia didahulukan, akhirat dikemudiankan. Bukan ke syurga itu di bawah tapak kaki ibu??? kasih ibu membawa ke syurga tapi kalau camni la anak2, silap2 bawa ke neraka lah jawab nya....



BILA IMAN KURANG DI DADA
NAFSU MENJADI RAJA
BILA AKAL TIDAK DIGUNA
HATI MANUSIA MENJADI BUTA...


CHUKAI: Seorang bakal pengantin menumbuk muka ibunya sehingga wanita itu 
terjatuh dan koma di rumah mereka di Kampung Mak Chili Paya, selepas berang ibunya lambat membuat persiapan majlis perkahwinannya yang akan diadakan pada 6 November ini.

Dalam kejadian pada jam 1.15 tengah hari kelmarin, wanita berusia 49 tahun itu mengalami pendarahan teruk di muka akibat kesan tumbukan kuat anaknya itu, sebelum terjatuh dan mukanya tersembam pada meja kayu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, suspek yang bekerja di sebuah syarikat petroleum di sini, dikatakan baru pulang daripada tempat kerjanya, manakala ibunya sedang mengemas rumah. 

Katanya, suspek kemudian bertanyakan perkembangan persiapan perkahwinannya seperti pelamin, barangan hantaran dan jamuan kepada ibunya sebelum kejadian.
aUntuk berita penuh sila klik Bakal pengantin tumbuk muka ibu sehingga koma


Sumber berita dari Berita Harian

0 comments: